Sunday, October 30, 2011

Jom Doa...

Assalamualaikum...lama betul x load entry...mungkin 'kemalasan' menghalang 'kerajinan' untuk tulis...
Apa khabar sekalian?Hopefully everything's on the right track as u wish...
Hari ni, nk tulis tentang doa..Hmmm... Pernah dgr x pernyataan di bawah?

 [pic-1.gif]

Betapa besarnya nikmat ALLAH beri pd kita dlm hal berdoa, sbbnya, doa adalah senjata org mukmin. Dia mengetahui segala apa keperluan kita.

Berdoa boleh ja kat mana2, dlm bas, atas motor, sambil  sorong troli pn x jd masalah...Tapi sebenarnya, dalam berdoa ni, terdapat adab2 yg seeloknya diikuti. Dimulakan dgn nama Allah, pujian pd-Nya, selawat nabi.Itu sebahagian yg mungkin kebanyakan org tahu. Tapi, bagaimana pula dgn keadaan fizikal kita waktu itu? Suci dari hadas kecil?Cara duduk yg ' sombong' terhadap Allah s.w.t?(hmmm, ada ker cara duduk yg sombong?Heeee...Jap lg, kita bc apa yg dimaksudkan begitu.) Bagaimana dgn kedudukan tgn kita?Adakah seperti yg sepatutnya?

Jom kita baca seterusnya...

Kita ada adab bila dipanggil untuk ditemuduga. Folder sijil, proper dress code, blazer, slack bkn jeans, kemeja bkn t-shirt. Ramai org mampu patuhi kod tersebut. Tapi bagaimana pula 'KOD DOA'?

Yg pertama, semestinya, suci dr hadas kecil...& besar...Wudhuk seharusnya ada.
Bagaimana dgn cara duduk pula?Yg sebetulnya, mestilah duduk bersimpuh @ seperti tahiyat akhir serta duduk di atas betis sendiri dgn peha kiri kanan dirapatkan.
Tidaklah seperti bersila, kerana itu dianggap kedudukan yg sombong ketika berdoa.

Yang PALING UTAMA, tangan mestilah dirapatkan kedua-duanya kiri dan kanan, sehingga menampakkan seakan-akan huruf  'Ba', yang mana titiknya adalah di hati. Ini bermaksud bahawa doa mestilah ikhlas dari hati, kerana hanya Allah yang tahu samada ikhlas @ tidak keadaan kita waktu itu.
Jadi selepas ni, jom kita betulkan keadaan kita berdoa kerana Allah tahu apa yang kita mahu dan pasti akan makbulkan andai kita bersungguh...Insyaallah...

Assalam...